Sabtu, 3 Januari 2009

sajak kehidupan

KEGAGALAN BUKAN PENGAKHIRAN

SEDARI WAHAI SAHABAT
DUNIA INI TERLALU BANYAK RANJAUNYA
BAGAI MENJEJAK KAKI DI ATAS DURI SEMBILU
TERLALU BANYAK CABARAN YANG PERLU DITELITI
BAIK DIRI SENDIRI MAHUPUN PERSEKITARAN
SEDARI WAHAI SAHABAT
HIDUP INI TAK SELALUNYA MUDAH
DAN HIDUP INI TAK SELALUNYA INDAH
TAPI SEGALANYA BOLEH BERUBAH
JIKA KITA TAHU MENCORAKKANNYA
SEDARI WAHAI SAHABAT
GAGAL MAHUPUN LULUS SERING MENZIARAHI KITA
MEREKA TIDAK MENGENALI ERTI BOSAN ATAUPUN JEMU
BERLUMBA-LUMBA INGIN MENGISI SETIAP RUANG HIDUP KITA
OLEH ITU
BERWASPADALAH WAHAI SAHABATKU
KERNA SEGALANYA PASTI BERLAKU
HASIL DARIPADA CORAK YANG TERCIPTA
SAHABAT
JANGANLAH SEDIH JIKA KAU GAGAL DENGAN USAHAMU
JANGANLAH SEDIH JIKA KAU GAGAL DENGAN TITIK USAHAMU
DAN
HARUSLAH KAU SEDIH DENGAN KEANGKUHAN
DAN KESOMBONGAN YANG MENYALUTI KEJAYAANMU

Tiada ulasan: