BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 10 Januari 2009

sajak sahabat

SAHABAT

Sahabat…..
Hadirmu dalam hidupku
Bagai cahaya penyuluh gelapan
Yang sentiasa bersinar terang
Walau dalam kepekatan malam

Sahabat…..
Tanpa kau sedar
Dirimu telah memberiku
Satu sinar harapan
Yang dulunya hitam kegelapan
Bagai dipusat sekujur hutan
Yang hanya kedengaran nyanyian
Si kecil serangga

Sahabat…..
Kalau dulunya hatiku gelap
Bagai suasana didalam hutan
Kini
Telah berubah bagai mentari
Bersinar terang
Hasil dari persahabatan kita
Sahabat kaulah segala-galanya bagi ku
Tanpa dirimu siapalah aku

0 ulasan: