BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 21 Februari 2009

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah
sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna
CerahWarna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau.

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.


Lupakan Orang Yang Tak Sudi

Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya.

Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.

Jika orang dah tak sudi, jauhkanlah diri daripadanya. Janganlah menyeksa diri sendiri kerana bila kita semakin dekat dengan orang yang kita cintai, kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.

Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.

Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai.

Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah untuk kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan kita masih dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk menyedapkan hati sendiri.

Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah ditentukannya. Berserahlah pada Yang Maha Esa, itulah yang sebaik-baiknya.

Dalam Pahit Itu Ada Manisnya..

Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.

Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh meilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.

Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.

Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.

Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byk lagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya

Jumaat, 20 Februari 2009

renungan

Lelaki kacak untuk didampingi...
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yangbermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidakakan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebihtinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikatdan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawaAl-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnyaakan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabilaseseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibukmelakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacakakan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datangmendiami antara dadanya dan kain kafan itu Bilaselesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahlikeluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dandatanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untukmemisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapatmembuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggaldunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yangkacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannyaberseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akanmeninggalkannya sehingga aku membawanya masuk kesyurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya danberkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanyakadang kala dengan suara perlahan dan kadang kaladengan suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang.Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidakakan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai,orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satuhamparan sutera yang penuh dengan kasturi darimalaikat - malaikat dari syurga" Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang ituadalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaatAl-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpaberusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kitaadalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkansejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalahketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akanmampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupununtuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi ! yangakan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecualiamalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telahmenjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulungdan janji Allah itu adalah benar.
wallahua'lam

Isnin, 16 Februari 2009

sajak kehidupan

Airmata mengalir lagi

Saatku mengetahui kebenaran yang menghantui diriku
Hatiku hancur remuk penuh kekecewaan
Bagai kaca mengucup batu
Terlukanya tiada penawar
Bagaikan jasad tidak bernyawa
Hanya menunggu saat selimut putih menyarung tubuh

Kini

Setiap hari-hariku hanya mengenang kenangan lalu
Mengimbau segala pahit manis
Yang kulalui bersama mereka yang tersayang

Setiap jalan yang kulintasi
Tertinggal sisa memori lalu

Air mata mengalir lagi
Membasahi dairi hidupku
Tatkala terpandang hiasan foto-foto terindah

Airmata mengalir lagi
Tatkala menghitung sisa hidupku
Yang semakin hampir kepenghujungnya

Airmata mengalir lagi
Tatkala melihat insan tersayang disampingku
Menunggu saat pemergianku

Namun

Semua itu pasti juga terhenti
Bila masa tarikan nafas terakhir sampai penghujungnya

sajak cinta

Dirimu Ibarat awan berubah wajah

Sekian lama dikau menghilang
Menjauh dariku…

Akhirnya aku menemuimu
Syukurku pada-Nya tidak terhingga
Kerna hajatku buat menemuimu diberkati-Nya
Hanya mampu kukatakan Alhamdulillah
Kerna itulah sebaik-baik perkataan tanda syukur pada-Nya

Bagiku terlalu banyak yang ingin kubicarakan kepadamu

Namun

Terlalu lemah bagiku menyatakan semua itu
Tidak terdaya bibir ini mengatur bicara
Kerna dirimu terlalu berbeza dari yang dulu
Segala kemesraan, kegembiraan
Seperti dulu telah terkubur
Tiada lagi terpancar sinarnya
Walau digali beribu kali

Namun

Hatiku tetap tabah
Mengharungi segala yang berlaku
Kerna bagiku mungkin diri ini bukan yang terbaik buatmu

Diriku terima seadanya ketentuan itu
Kerna yang Maha Esa lebih berkuasa
Dalam menentukan soal jodoh seseorang

Doaku tak akan putus untuk dirimu
Kerna kuingin dirimu selalu bahagia
Disamping insan yang kau sayangi

sajak cinta

Puisi buat kekasih

Puisi ini kucipta khas buatmu
Kerna kau gadis dambaan hatiku
Walau ada kalanya dirimu menjauh dariku
Kaulah gadis yang selalu hadir
Disetiap hembusan nafasku
Disetiap denyutan nadiku
Dan
Disetiap aliran darahku
Kasihmu tetap ada dalam hatiku
Walau apa jua rintangan mendatang
Kutetap setia padamu
Kaulah gadis rupawan yang membuat hatiku tertawan
Hingga aku terbang tinggi keawan
Kaulah gadis yang kumimpikan selalu
Yang sentiasa dekat padaku
Walau kemana arahmu melangkah
Walau jauh seantero dunia
Kukan tetap sayang padamu
Kau membuat aku terpesona
Dengan lirikan matamu yang ayu lagi menawan
Hingga aku rebah jatuh dipersemadian
Bagai dipanah panglima perang
Kau mengajar aku jadi setia
Kerna cintamu yang suci murni
Malah dirimu tidak ragu pada cintaku
Kaulah gadis yang ku impikan
Wahai gadis pujaanku
Marilah kita sama-sama serikan cinta suci ini
Dengan dekatkan diri pada-Nya
Agar diberkati selamanya

sajak islam

Wanita Solehah

Beribu wanita telah ku temui didunia ini
Tak kira bangsa mahupun agama
Bermacam ragam jua karena

Namun

Baru kini kutemui wanita yang menjadi idaman hatiku
Ianya adalah seorang wanita solehah
Itulah wanita pilihan hati
Seorang insan yang bisa menjadi pencetus cinta sejati

Dialah…
Seorang wanita yang mempunyai perasaan malu
Dan tunduk kasih pada yang satu

Dialah…
Seorang wanita yang menutupi segala perhiasan
Yang ada padah tubuhnya dari dilihat insan yang lain
Selain seorang yang bergelar suami mahupun wali

Dialah…
Seorang yang bisa mendorongku kejalan yang lurus

Dialah…
Seorang yang menjadi penenang dikala hatiku duka dalam tawar
Dialah insan terbaik buat diriku
Sepertimana dikatakan dengan sahihnya
Tiada perhiasan yang terindah didunia ini selain daripada wanita solehah
Itulah wanita pujaan hatiku

Dulu hati ini sukar untuk mencintai seorang wanita

Namun

Dengan hadirnya seorang yang bergelar solehah
Diri ini dapat mencapai ketahap cinta sejati

Iaitu

Cinta pada yang Esa

Cinta pada Rasul-Nya

Dan

Cinta pada setiap makhluk-Nya

Serta cinta pada ciptaan-Nya

Itulah cinta yang menjadi idaman kalbu
Yang terlekat di sanubari

Ahad, 15 Februari 2009

wanita solehah...

Setiap wanita ingin menjadi wanita 'solehah' atau menjadi lebih solehah..Ini kerana tidak ada harta benda didunia ini yang paling berharga selain daripada wanita solehah..

Dari Abdullah bin Amr bahawa rasulullah SAW bersabda: ''Dunia itu ialah harta benda,sebaik-baik harta benda adalah wanita solehah''.(Riwayat Muslim)

Dalam hal yang sama Rasulullah SAW ada bersabda:''Sebaik-baik harta adalah lidah yang selalu berzikir,hati yang selalu bersyukur,dan isteri solehah yang menolong terjaganya iman setiap mukmin''.(Riwayat Tirmizi dari Tsauban).
Dengan menjadi solehah sajalah wanita boleh masuk syurga dan 'bertemu' dengan Allah diakhirat kelak.

Firman Allah SWT:''Sesiapa yang berharap akan berjumpa tuhannya,maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan jangan ia mempersekutukan sesuatu apapun dalam beribadah kepada tuhannya''.(Al-Kahfi: 110)


Siapakah Wanita Solehah?

Ciri-ciri wanita solehah ada disebutkan dalam Al-Quran dan sunah Nabi SAW. Diantaranya ialah firman Allah SWT:''wanita-wanita yang soleh itu ialah mereka yang taat(kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada kerana Allah telah menjaga (mereka)''.(An-Nisa: 34)

Menurut sabda Nabi SAW:''Apabila seorang wanita itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kemaluan (kehormatan diri)nya dan mentaati suaminya, maka ia akan memasuki syurga tuhannya''.(Riwayat Ibnu Hibban)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang sifat isteri yang solehah. Baginda menjawab:''(iaitu) isteri yang menyenangkan apabila dilihat (suaminya),taat apabila diperintah, yang tidak melakukan yang tidak disenangi suaminya dalam urusan dirinya sendiri mahupun dalam persoalan harta milik suaminya''.(Riwayat Nasai'e dan Ahmad)

Siapa wanita solehah itu sebenarnya cukup jelas dan luas diperkatakan ulama dalam kitab-kitab yang muktabar. Samada wanita soleh itu masih bujang ataupun telah menjadi isteri ataupun ibu, mereka dapat dirumuskan sebagai berikut:


BERIMAN KEPADA ALLAH

- Imannya sah dan tepat dengan yang sebenar menurut fahaman ahli sunnah wal jamaah.

- Mutu keimanan dipertingkatkan daripada sekadar tahu (disebut iman ilmu) kepada merasa
benar-benar yakin (iman ayyan).

- Benar-benar dapat merasai kewujudan dan kekuasaan Allah.

- Taat dan patuh kepada perintah dan larangan Allah taala.
*Termasuklah redha kepada Allah dalam menentukan asal-usul kejadiannya.
*Antara redha dan menerima kenyataan diri dijadikan lemah berbanding penciptaan lelaki.

- Hakikat tentang kelebihan lelaki keatas wanita ini memang ada .Ia dijelaskan dengan
Fiman Allah:''...kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas
sebahagian yang lain (wanita)...''(an-Nisa:34)


BERAMAL SOLEH DALAM BERIBADAH KHUSUS

- Ini termasuk dalam persoalan bersuci, mengerjakan solat lima waktu sehari semalam dan
berpuasa pada bulan Ramadhan. Ibadah khusus dilaksanakan dengan sandaran ilmu dan
dijiwai dengan penuh keikhlasan.

BERAMAL SOLEH DALAM MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI

-Memelihara kehormatan diri itu ialah dengan menundukan pandangan.

-Wanita solehah pandai menjaga maruah dengan mengekalkan sifat malu.

-Wanita solehah sentiasa menjaga aurat dengan sempurna dan bijak menjauhi fitnah dalam
pergaulan seharian.

-Wanita solehah suka dan selesa melazimi tinggal dirumah.Mereka hanya keluar rumah
setelah ada keperluan syarak secara berteman dan dengan keizinan wali (ibubapa) atau
suami.

-Wanita solehah juga tidak sewenang-wenangnya mempamerkan kecantikan dan perhiasan
diri kecuali kepada mereka yang dibenarkan syarak. Dalam soal bersolek mereka tidak
mengikut tabarruj jahiliah.

-Apabila telah berumah tangga wanita solehah menjaga kehormatan diri sendiri apabila suami
tidak ada,mereka turut menjaga kehormatan dan nama baik suami serta rahsia rumah
tangga.

-Isteri yang solehah juga boleh dipercayai untuk menjaga harta suami. Termasuk dalam harta
suami itu ialah menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak dengan baik.

BERAMAL SOLEH DENGAN TAAT DAN PATUH KEPADA SUAMI

-Atas dasar keimanan kepada Allah, wanita solehah mudah menerima kelebihan darjat suami
atas dirinya sebagai isteri. Padanya itu adalah pangkat lantikan Allah, bukan sewenag-wenang
diminta oleh suaminya. Fiman Allah:''lelaki (suami) itu pemimpin bagi wanita(isteri)'' (an-Nisa:34)

-Dulu kawan, kemudian lelaki itu teman istimewa atau tunangan. Dengan terlaksananya akad
nikah,kini lelaki itu berpangkat suami dan secara automatik berlaku kelebihan darjatnya
mengatasi ibu ayah. Jesteru suami tidak lagi diperlakukan seperti kawan istimewa seperti
sebelum khawin.

-Menerima hakikat aturan syarak ini maka wanita solehah sedia patuh dan taat pada suaminya.
Bahkan sanggup menghormatinya dengan merendahkan diri kepada suami walaupun dirinya
lebih dari segi kekayaan, kelulusan akademik dan latar belakang keturunan. Lidahnya dijaga
daripada meninggikan suara, lebih-lebih lagi daripada berbantah-bantah pada suami.

-Sebagai menerima kepimpinan suami, wanita solehah sangup memberi khidmat dan layanan
tanpa berbelah bagi. Suami juga dijadikan tempat isteri mendapat sandaran dan perlindungan.
Manakala dirinya menjadi tempat penenang dan pelengkap hidup suami.Allah menjadikan
lelaki sebagai tempat sandaran wanita, dan menjadikan wanita sebagai penenang lelaki
sebagaimana firman-Nya:"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih
dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bagi
kaum yang berfikir''.(ar-Rum:21).

Apabila kedua-dua sandaran dan penenang ini berkumpul bersama menjadi satu dengan
ikatan kasih dan sayang, maka berkumpullah seluruh kebaikan bagi lelaki dan wanita tersebut.

PUNYAI PANDANGAN HIDUP ORANG SOLEH

Wanita solehah tidak terlepas daripada mempunyai pandangan hidup orang soleh.
Antaranya bahawa kehidupan akhirat lebih utama. Hidup di dunia adalah untuk sementara waktu sahaja. Oleh itu, cukup dan memadai dengan bersederhana dalam kehidupan dunia. Mereka mendorong suami dan keluarga menjalani hidup bukan untuk bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk. Malah lebih suka menabur harta sebagai sedekah agar menjadi pelaburan akhirat.
Bagi wanita solehah ,institusi rumah tangga menjadi medan utama untuk bergelanggang melaksanakan amal soleh. Rumah tangga dilihat sebagai kubu keamanan dan libuk kasih sayang serta tempat ketenteraman dan ketenangan. Baik untuk dirinya, suami dan anak-anak yang dibelai dengan sifat penyayang.
Dalam melagang rumah tangga, zuriat dilihat sebagai aset kebanggaan dirinya suami isteri dan Rasulullah SAW khususnya. Sabda Rasulullah SAW:"Nikahilah wanita yang penyayang dan subur.Sesungguhnya aku berbangga dengan jumlah kamu yang banyak diantara umat-umat yang lain diakhirat kelak".(Riwayat Abu Daun dan Nasai'e)
Tentunya Rasulullah SAW berbangga bukan hanya dengan kuantiti tetapi yang lebih penting ialah kualiti umatnya.
Justeru pendidikan anak-anak mendapat keutamaan dalam rumah tangga wanita solehah. Anak-anak dipastikan benar-benar berjaya menjadi penyejuk mata ayah bonda dengan didikan agama dan adab. Anak-anak dibesarkan dengan penuh kesabaran untuk menjadi anak soleh sejak dari kandungan ibu lagi. Ia bukan sahaja sebagai pelaburan akhirat tetapi juga sebagai penyambung harapan, impian dan perjuangan untuk melihat kalimah Allah menjadi tinggi. Pada ibu yang solehah, biarlah mereka susah kerana mendidik anak-anak sedari kecil daripada disusahkan oleh anak-anak apabila telah besar kerana tidak terdidik.
Wanita solehah juga berpandangan hidup bahawa keredhaan Allah kepada dirinya itu bergantung atas keredhaan suami kepadanya. Hinggakan dalam melaksakan hak suaminya Nabi SAW bersabda:"Mana sahaja wanita yang meninggal dunia, sedang suaminya redha kepadanya, maka wanita itu akan masuk syurga".(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Demikianlah antara beberapa laras rujukan untuk menilai pencapaian azam setiap wanita untuk menjadi solehah dengat semangat hijrah. Hijrah seharusnya dilakukan berulangkali supaya lebih kuat pengaruhnya pada diri dan melekat kesannya di hati. Begitulah sunnatullah dalam mendidik dan mengubah sikap hidup sebagaimana Allah menurunkan ayat-ayat Al-Quran yang serupa berulang-ulang kali.Mudah-mudahan dengan itu dapat petunjuk Allah.
Firman Allah:"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) al-quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang; gementar kerananya kulit orang-orang yang takut pada tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, Dengan kitab itu dia menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan disesatkan Allah, mak tiada seorang pun memberi petunjuk baginya".(az-Zumar:23)
Sesungguhnya menjadi tanggungjawab juga kepada suami untuk mendidik dan membimbing isterinya menjadi wanita solehah. Ini kerana dengan berkhawin maka telah selesailah separuh urusan agama isterinya. Justeru menjadi tanggungjawab suami untuk mencukupkan separuh lagi hingga menjadi sempurnalah urusan agama isterinya.

Selasa, 10 Februari 2009

sajak islam

Katakanlah dalam wudhu mu

Ya Allah…
Sucikanlah hatiku daripada sebarang dosa
Dosa-dosa yang bisa melalaikan diriku
Dari terus mengingatimu
Ampunilah dosaku Ya Allah

Ya Allah…
Sucikanlah setiap perkataanku
Dari mengatakan sesuatu yang kau cegah
Dan latihkanlah lidahku
Untuk terus menyebut namamu
Agar diriku terus mengingatimu

Ya Allah…
Masukkanlah aku dalam golongan-golongan
Mereka yang menghidu wangian syurga
Sesungguhnya setiap insan menginginkan syurgaMu

Ya Allah…
Lindungilah aku dari melihat maksiat
Yang bisa meruntuhkan akhlakku
Sebagai seorang muslim sejati
Dan sucikanlah wajahku dari pandagan keji manusia
Agar aku terus dalam keimananMu

Ya Allah…
Peliharalah kedua tanganku dari menyentuh
Najis maksiat
Sesungguhnya Engkau murka terhadap
Insan yang menyentuh maksiat

Ya Allah…
Sucikanlah fikiranku dari segala kekotoran
Yang bisa merosak keimananku
Agar diriku tidak terjerumus dalam lembah kehinaan

Ya Allah…
Lindungilah kedua telinggaku
Dari mendengar perkara-perkara maksiat
Agar hati suciku terjaga dari kemungkaran

Ya Allah…
Kaki adalah berperanan
Mengerakkan tubuh badanku
Maka dengan itu lindungilah kakiku
Dari melangkah kea rah kemaksiatan yang durjana
Agar terpancarnya terus sinar keimanan terhadapku

Ya Allah…
Hanya padaMu kubermohon
Kerna hanya Engkaulah tuhan yang Satu
Pencipta sekalian alam
Maka dengan sesungguhnya
Kabulkanlah doa ummat Mu ini
Amin Yarobbal Alamin…

pepatah arab

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab"

mencintai=melindungi

Saya tidak ingin berbicara akan definisi cinta. Anda semua boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. Jika anda masih tidak tahu apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal-Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa perinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya. Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik citra ini? Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6) Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi. Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan. Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: Timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku. Contoh agung yang kekal sepanjang zaman. Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya? Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka. Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?

sajak islam

Kebesaran ilahi

Lihatlah wahai temanku
Bumi yang luas terbendang yang penuh warna-warni
Lihatlah wahai temanku
Langit yang penuh dengan hiasan keajaiban
Semua itu adalah dicipta dari NYA
Untuk tatapan kita sekalian ummat
Tanda kasih NYA kepada kita
Tapi
Apakah kita pernah bersyukur
Dengan pemberian NYA yang agung itu
Tanya diri kita…

Kini segelintir dari insan seagama kita leka
Dan sanggup mengekutui Tuhan yang ESA
Iaitu pencipta Agung
Mereka tidak sedar bahawa mereka juga
Diciptakan oleh Allah Maha Pencipta
Dimana silapnya?
Tepuk dada Tanyalah minda siapa kita…

Dengan itu bersyukurlah wahai sahabatku
Agar dirimu terhidar dari Laknatullah

Lihatlah langit wahai sahabatku
Apakah kita pernah terfikir
Betapa agungnya ciptaan Tuhan yang ESA itu
Dengan menciptakan keindahan cakerawala
Yang tersirat indahnya dimata setiap insan
Lihatlah
Lihatlah betapa sayangnya robbul jalil kepada kita
Dicipta NYA setiap keperluan kita ummat manusia
Dengan itu mengapa masih ada lagi insan yang ego

Apakah kita merasa kita lebih perkasa
Apakah kita merasa kita lebih hebat
Apakah kita merasa kita lebih agung
Apakah kita merasa kita lebih kaya
Dan
Apakah kita merasa kita lebih berkuasa atas sesuatu
Ingatlah
Ingatlah wahai semua
Yang lebih itu hanyalah Tuhan yang satu iaitu Allah

Hilangkanlah kesombongan yang merasuk jiwamu
Hilangkanlah keegoan yang meracun hatimu
Kerna semua itu hanya membuat dirimu dimurkai
Hiasilah dirimu dengan kebesaran Ilahi
Sesungguhnya kita amat kerdil disisi-NYA
Dan sesungguhnya
Sebaik-baik ummat adalah mereka yang sentiasa
Mengingati-NYA

Isnin, 9 Februari 2009

sajak sahabat

pertemuan

pada suatu ketika dahulu
satu pertemuan yang kita tak duga
kau dan aku bertemu
disatu tempat yang jauh
mungkin inilah yang dinamakan ketentuan tuhan
tetapi tidak lama selepas itu
hubungan kita terputus ditengah jalan
aku terus dengan kehidupanku
dan kau juga begitu
sepi hatiku kehilangan sahabat sepertimu
tidak dapat kulupakan kenangan bersamamu
tapi kini kau tidak lagi dimataku
tapi ada dihatiku
dengan ikatan persahabatan yang kukuh
ikhlas dari hati kita berdua
akhirnya kita bersua juga
dan kuharapkan pertemuan ini
berakhir dengan ajal yang ditentukan olehNYA
bukanlah kehendak aku
ataupun dirimu

janganlah menilai sesuatu itu dari luaran


agama kita

hakikat kehidupan

aspirasi



renung-renungkanlah

wahai sahabat

sajak cinta

Dihatiku ada kmu

Dulu aku tidak mengenali siapa diri kamu
Namun dengan takdir ilahi
Kini kita saling mengenali
Antara satu sama lain
Bagiku dikaulah teman terbaik
Yang sentiasa memahami akan diriku
Aku bersyukur
Dan sangat bersyukur
Mengenali akan dirimu
Kini hatiku punya dirimu
Yang selalu kuingati
Dan kurindui
Dengan iringan doa
Damailah kita dijalan’NYA
Dengan ukhwahfillah
Berbahagialah kita selalu disamping’NYA
Hanya sujud pada’NYA
Dan iringan doa
Kita pasti terus bersama

sajak ibu

Sinaran kasih ibu

Ibu
Bagiku dirimu tiada dalang gantinya
Kerna kucintai ibu selalu
Ibu yang selalu menjaga diriku
Dan membelaiku penuh kasih sayang
Bagai membelai sekuntum mawar merah
Ibu
Demi anakmu
Dirimu sanggup kau korbankan
Sedangkan dirimu telah terkorban
Dirimu memberikanku segalanya
Walaupun dirimu tak punya apa-apa
Ampunilah dosaku ibu
Kiranya menyakiti hatimu
Ibu
Sedari kecil aku selalu disampingmu
Dikau menjagaku
Mendidikku
Dan beri segalanya buat keperluanku
Tanpa menerbitkan rasa jemu dihati
Ibu
Dikaulah insan teladan
Kerna kesabaranmu yang menebal didalam hati
Menjaga anak-anakmu yang berbagai ragam
Melayan kenakalan mereka
Yang sering menyakiti hatimu
Ibu
Dikaulah ratu dihatiku
Yang kuingat selalu
Tanpa kasih sayangmu
Tidaklah kumengenali siapa diriku
Bagiku dirimu selalu ada disampingku
Walaupun dirimu telah lama pergi
Ibu
Hanya doa yang mampu kukirimkan
Buat dirimu
Kasihku takkan putus terhadapmu selamanya
I love you ibu
Itulah kata yang teragung
Dariku buat dirimu
Terima kasih ibu

Ahad, 8 Februari 2009

sajak ayah

Pelangi pudar

Tersentak aku dari hayalan indah
Sewaktu mendengar suara kesedihan
Suara yang tidak asing dicuping telingaku
Yang meminta aku pulang kekampung halaman
Sedang aku jauh diperantauan

Demi cinta suci ibu
Aku tidak membantah walau sedetik
Kerna syurga dibawah telapak kaki ibu
Aku segera keluar dari hayalan indahku
Mempersiapkan juadah perjalanku
Menuju kekampung kelahiranku

Setibanya aku disana
Tiada lagi keriuhan seperti dulu kedengaran
Hanya tagisan yang menyelubungi
Setiap lorong kecil menuju rumahku

Kelopak mata yang sebelum ini
Cetek kekurangan air
Tiba-tiba dilanda banjir air mata air
Lalu membasahi landasan pipi
Yang tandus kekeringan
Hingga membuatku lemah tidak berdaya
Bagaikan dipukul ombak pantai tanpa henti
Kerna perginya seorang insan yang sangat kusayangi
Seorang insan yang sering
Mencurahkan kasih sayangnya padaku

Dialah ayah kesayanganku
Yang selalu menyokongku
Memberi semangat kepadaku
Dan beri segalanya buat ku
Namun semua itu hanya tinggal kenangan
Kerna ayah tidak mungkin akan kembali lagi

Aku sedih kerna ayah tidak sempat melihat kejayaanku
Namun keadaan tidak boleh berubah segalanya
Kerna Allah maha kuasa
Dan kehidupan pasti bertemu kematian

Innalillah waainnalillah hirojiun

Kumohon pada Allah
Damaikanlah ayah disana
Bersemadi dalam keimanan

Aku tahu tiada hadiah terindah buat seorang ayah
Selain anak soleh dan solehah
Aku tahu tiada hadiah terindah buat seorang ayah
Selain melihat anaknya berjaya
Dan aku juga tahu dengan doa tulus
Bisa membuat ayah sentiasa bahagia

Ayah ampunilah segala kesalahan anakmu ini
Yang sentiasa membebanimu sedari kecil
Ayah ingin sekali aku merasa pelukan mesramu
Seperti waktu dulu
Menghantarku kesekolah
Dan
Mengucup dahiku sebelum masuk bilik darjah
Terima kasih ayah ku ucapkan kepadamu

Tanpamu siapalah diri ini
Tanpamu tiadalah aku didunia ini
Tanpamu tidak mungkin kuhirup udara ini
Tanpamu tidak mungkin kulihat keagungan yang maha kuasa
Tanpamu tidak mungkin kutahu erti kasih sayang
Tanpamu tidak mungkin aku capai kejayaan

Terima kasih ku ucapkan padamu ayah
Kerna tidak jemu membesarkan diriku
Kerna tidak jemu melayan kenakalanku
Kerna tidak jemu menasihati diriku
Terima kasih ku ucapkan

Ayah aku sangat meridui dirimu
Selamat tinggal ayah
Selamat tinggal ayah
Selamat tinggal ayah
Damailah kau disana

Jumaat, 6 Februari 2009

sajak ayah

AYAH

Pelukan ayah waktu itu
Masih segar terasa
Masih hangat dalam ingatan
Walaupun ayah sudah lama pergi
Wajah ayah yang sentiasa ceria
Selalau bermain difikiranku
Membuat hatiku rindu selalu
Rindu pada setiap kalimah bicaranya
Yang selalu menasihatiku kearah kebaikkan
Hati ini tidak pernah sayu
Sewaktu ayah masih ada
Namun
Kehidupan harus diteruskan
Demi mencapai hasrat ayah
Yang ingin aku berjaya
Dan terus berjaya dalam hidup
Dan membela nasib keluarga
Yang serba kekurangan
Didak akan kuhampakan
Segala kemahuan ayah
Kerna ayah tidak pernah
Menghampakan segala permintaaanku
Walau apapun kupinta ia tetap hulurkan
Terima kasih ayah dirimu tetap ada dalam hatiku

Khamis, 5 Februari 2009


























Isnin, 2 Februari 2009

kata-kata pujangga

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"
~Pujangga
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
-Khalifah Abdul Malik bin Marwan
"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."
~Pujangga~
"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."
~Pujangga~
"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali"
~kata-kata Pujangga~
"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."
Kata-kata Pujangga~
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."
kata-kata Pujangga~
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu."
Kata-kata Pujangga~
"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.''
kata-kata Pujangga
"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang."
kata-kata Pujangga
"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
~kata-kata Pujangga
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
kata-kata Pujangga`
"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini."
kata-kata Pujangga~
"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar."
kata-kata Pujangga
"Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."
"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana" kata-kata Pujangga~
"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi."
kata-kata Pujangga`
"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."
kata-kata Pujangga`
"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."
kata-kata Pujangga~
" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."
Kata-kata Pujangga:
"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."
Kata-kata Pujangga:
" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."
Kata-kata Pujangga:
"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."
Kata-kata Pujangga:
"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."
Kata-kata Pujangga:
"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."
Kata-kata Pujangga:
"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."
Kata-kata Pujangga:
"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
Kata-kata Pujangga:
"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."
Kata-kata Pujangga:
" Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."
Kata-kata Pujangga:
"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."
Kata-kata Pujangga:
"Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."
Kata-kata Pujangga:
"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."
Kata-kata Pujangga:
"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."
Kata-kata Pujangga:
"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."
Kata-kata Pujangga:
"Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."
Kata-Kata Pujangga:
"Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."
Kata-kata Pujangga:
"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."
Kata-kata Pujangga:
"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
Kata-kata Pujangga:
"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"
Kata-kata Pujangga:
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"
Kata-kata Pujangga:
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."
Kata-kata Pujangga:
"Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"
Kata-kata Pujangga:
"Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."
Kata-kata Pujangga:
"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

Ahad, 1 Februari 2009

sajak kehidupan

andai hari ini terakhir buat diriku

andai hari ini terakhir buat diriku
ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu
agar semadinya aku dalam keimanan
dilandasan kasihmu tuhan
yang tiada berpenghujung
andai hari ini terakhir buat diriku
akan kuhabisi saat-saat yang tinggal
hanya menghadap tuhan yang Satu
agar gugurnya dosa yang lalu
bagai dedaunan kering berguguran
andai hari ini terakhir buat diriku
janganlah ditangisi takdir itu
kerna tangisan itu tidak mengembalikan diriku lagi
dan ingatlah
setiap yang hidup pasti akan menemui mati
itulah janji yang ESA pada ummatnya
andai hari ini terakhir buat diriku
hanya kenangan sajalah yang tinggal
kenanagan yang diukir bersama semua
biarlah kenangan it uterus segar
disetiap ingatan insane yang mengenaliku

sajak cinta

Indahnya sebuah pertemuan

Setiap hubungan akan
Bermula dengan sebuah pertemuan
Disulami dengan seribu kenangan
Diakhiri dengan setiap pandangan
Dan
Diakhiri dengan sebuah jalinan
Pertemuan itu amat indah
Sukar dilupakan dalam ingatan
Sekadar dihilangkan dari pandangan
Tersulam diriku dengan keindahan
Pertemuan ini bukan sekadar pertemuan
Pertemuan ini menemui kebahagian
Kebahagian perjalanan hidup insani
Menjadi sempurna didalam diri
Kehadiran yang hadir dalam sekelip mata
Kehidupan yang menjadi diri insani
Terkubur sudah didalam hati

sajak kehidupan

Desa kelahiranku

didesa itulah aku dibesarkan
kuala merotai nama keramat
tempat aku mengukir nama
disekolah kecil yang tak kering ilmu
didesa itu tiada siapa yang tidak mengenaliku
tiada siapa tidak pernah menemui ku
didesa itulah menjadi rumah jua syurga bagiku
didesa itu aku banyak melihat
setiap gambaran keperitan kehidupan
walau susah payah setiap hari yang dilalui
tetap juga dilalui dengan berbekalkan kesabaran
demi mencari sesuap nasi
untuk anak-anak dan isteri
didesa itu aku belajar merangkak
didesa itu aku belajar berkata-kata
didesa itu juga aku belajar ertinya kasih
yang tiada berbelah bagi
kehidupan didesa itu membuat
semangatku membara menyala
laksana api marak membakar
setiap yang kulalui didesa itu
tersemat dalam dairi hidupku
segala pahit manis masih segar dalam ingatan
walaupun lorong-lorong kulalui dulu
telah berubah wajah tidak seperti waktu itu

sajak cinta

Gadis dipersimpangan

Dipersimpangan yang kulalui setiap waktu
Terlihat seorang gadis berwajah ayu
Bak bidadari dari kayangan
Membuat aku terpesona dengan lirikannya
Aku tercegat seketika
Apakah aku terpukau dalam dunia khayalan
Ataukah semua itu mainan perasaanku
Dia senyum memandangku
Hatiku berdebar-debar
saat dia menyapaku dari belakang
ohh…aku bagai dialam fantasi
yang penuh ilusi tragis cinta semalam
apakah yang ingin dikatakannya padaku
aku tertunggu-tunggu
hati kecil berbisik dengan segan
katakanlah kau cinta padaku

sajak alam

Hijau

Diwaktu senja nan lalu
Gemersik cengkerik berlagu riang
sahutan melodi unggas
mengiringi kemerduan siulan sirama-rama
bagai kesyahduan syair sipujangga cinta
namun
kini semuanya diam membisu
bagaikan sang siput pemalu
akibat hilangnya warna-warna kehijauan
kehijauan flora yang dulunya
menjadi tempat bermain penghuni hutan
bumi yang dulu dipenuhi kehijauan
kini tinggal ketandusan
tanda sedikit pun kehijauan
kerakusan dan ketamakan
menjadi raja dihati
meracuni hati suci dengan
menzalimi keindahan alam
tanpa kehijauan flora apalah ertinya bimi?
Tanpa kehijauan flora apalah nasib sipenghuni hutan?
Berfikirlah wahai semua
Cintailah khazanah alam
Ketahuilah bahawa kehijauan flora adalah
Anugerah yang sangat bernilai untuk kehidupan
Tanpa flora siapalah kita dimata dunia
Tanpa flora hilanglah suara keriangan fauna

sajak kehidupan

kekejaman demi kekejaman

Waktu itu disinilah mereka bermain riang
Bersama rakan-rakan juga keluarga
Tidak pernah lekang kegembiraan diraut wajah
Hingga tidak terkata kegembiraan itu
Namun
Kini semuanya berubah
Kegembiraan yang dulunya kini
Bertukar menjadi tangisan kesedihan
Kesedihan yang bersulam keperitan
Langkah yang dulunya cergas
Kini lemah tidak bermaya
Bagai kuda kehausan dipadang pasir
Mata yang dulunya hanya melihat kehijauan alam
Dan kemegahan bangunan pencakar langit
Kini dihiasi dengan kemerahan
Bumi yang dibasahi darah insan tidak berdosa
Dan kehancuran bangunan keangungan Gaza
Pipi yang dulunya dihambat kemarau tangisan
Kini dibanjiri kesedihan tidak bersudah
Akibat kekejaman rejim zionis
Yang tiada perikemanusiaan
Menindas setiap warga Gaza
Tanpa mengenal usia mahupun jantina
Saban hari suara tangisan tiada hentinya
Disetiap sudut bumi Gaza ada saja melodi itu
Meraung kesakitan meminta bantuan
Peluru-peluru kekejaman zionis
Tidak penat membedil rakyat Gaza
Bagai hujan tiada hentinya
Rakyat Gaza dibelenggu ketakutan demi ketakutan
Namun atas keyakinan yang kuat terhadap
Tuhan yang esa mereka bangun
Dan memohon agar rejim zionis menerima balasannya

sajak cinta


Rintihan seorang kekasih

Saat seorang insan yang kau cintai dulu memerlukanmu
Kau meninggalkannya tanpa rasa bersalah
Membuatkan hati kecilnya menangis ditirai kekecewaan
Hatinya remuk bagai digilis mentari panas
Sakitnya bukan kepalang
Namun dirimu tak mungkin merasa semua itu
Mengapa kau ungkapkan kata sayang?
Mengapa kau lafazkan kata cinta?
Jika akhirnya kau meninggalkannya
Tanpa menoleh lagi kebelakang
Apakah kata-kata itu hanya lawak jenaka bagimu?
Apakah lafaz cinta itu sekadar hiasan wadah bicaramu?
Sanggupnya dirimu menghancurkan mahligai cinta yang dia bina untukmu
Mana perginya hati tulusmu dulu?
Yang seringkali membahagiakan dirinya
Mengapa kini timbul kebencian dihatimu
Sehinggakan kau meninggalkan dia dalam kesakitan
Mengapa kau lupakan segala janji-janjimu dulu
Yang kau sematkan bersamanya
Mengapa ianya kau lupakan
Dan sanggup kau menduakannya
Mengapa?
Mengapa?


sajak cinta

Kepahitan mencemer gembira

Saat ku gembira bersamamu
Banyak yang kita kongsi bersama
Kau senyum ku gembira
Kau sedih ku menangis
Itu rasa yang kita kongsi bersama
Namun
Segalanya palsu belaka
Kau meningalkan ku
Tanpa merasa aku manusia
Yang punya perasaan sama seperti mu
Saat itu tinggallah aku sendirian
Sedih tidak berteman
Kegembiraanku hilang
Meninggalkan ku pergi
Tiada khabar berita
Ku tak sangka ini kau beri padaku
Setelah aku cipta segalanya buatmu
Kau siram racun diperigi cinta kita
Yang dulunya madu manis belaka
Aku sedih hampa menerima semua ini