BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 1 Februari 2009

sajak alam

Hijau

Diwaktu senja nan lalu
Gemersik cengkerik berlagu riang
sahutan melodi unggas
mengiringi kemerduan siulan sirama-rama
bagai kesyahduan syair sipujangga cinta
namun
kini semuanya diam membisu
bagaikan sang siput pemalu
akibat hilangnya warna-warna kehijauan
kehijauan flora yang dulunya
menjadi tempat bermain penghuni hutan
bumi yang dulu dipenuhi kehijauan
kini tinggal ketandusan
tanda sedikit pun kehijauan
kerakusan dan ketamakan
menjadi raja dihati
meracuni hati suci dengan
menzalimi keindahan alam
tanpa kehijauan flora apalah ertinya bimi?
Tanpa kehijauan flora apalah nasib sipenghuni hutan?
Berfikirlah wahai semua
Cintailah khazanah alam
Ketahuilah bahawa kehijauan flora adalah
Anugerah yang sangat bernilai untuk kehidupan
Tanpa flora siapalah kita dimata dunia
Tanpa flora hilanglah suara keriangan fauna

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon share sempena earth hour...

SukaSukiSakan berkata...

Assalamualaikum tuan rumah..
:)
saya pinjam sajak untuk di'share' didalam kelas sivik tingkatan 3...

Tanpa Nama berkata...

Minta izin untuk disharekan pada rakan-rakan dikelas ^_^