BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 31 Mei 2009

wanita

hadirmu didunia ini
sungguh bererti buat semua
mejadi pendorong setiap insan
meniti realiti kehidupan
kaulah wanita yang diciptaNya
dengan kesucian serta kesabaran
terbina dinding kesetiaan kepadamu
menjadi benteng keimananmu

dikau
menjadi pendidik kepada anak watan

dikau
menjadi ibu kepada setiap insan

dikau
mencurah bakti tanpa sempadan

dikaulah penawar hati

kecekalanmu menjadikan aku dan diriku
menjadi aku
berdirinya dirimu atas kakimu sendiri
tanpa sokongan siapapun
membuatkan diriku
kagum akan keteguhan mu
meneliti setiap pandangan sudut kehidupanmu

penjagaanmu yang angun
santun bicaramu yang manis
belaian kasihmu yang suci
membuat insan lain
terpaut sayang padamu
kelembutan itulah menjadi resepi buatmu

nama mu bertahta keagungan
diatas keindahan suatu sebutan
dikaulah wanita solehah
idaman setiap musliman
dari dulu kini dan selamanya

jagaan rapi maruahmu
menjadi pegangan
tunduk kasih pada penciptamu
hanya memandang yang satu
iaitu suami cinta sejatimu
berkat terpancar pada kehidupanmu
menjadi penyuluh jalan kebenaran

wanita kaulah ibu pertiwi
pewaris tahta para suami
tercungkit kehebatan pada mu
sebagai ibu misali
dikaulah harapan kami
setiap insan duniawi

sajak kehidupan

sejarah

Zaman silih berganti
Usia semakin meningkat
Kehidupan kian merubah
Namun sejarah kekal sejarah

Setiap insan bermula dengan sejarah
Setiap insan berakhir dengan sejarah
Segalanya dengan sejarah

Tiada apa yang dilahirkan tanpa sejarah
Kerana sejarah ibarat kalimah ‘Basmalah’
Yang berada di permulaan
Dan
Ibarat ‘wasalam’ yang berada di pengakhiran

Sedarilah wahai semua
Sejarah telah banyak mengajar kita
Erti sebuah kehidupan
Wataknya masih segar dalam ingatan
Membangkit peristiwa lalu
Yang menguris hati

Berubahlah melalui sejarah lalu
Agar kita kekal aman damai seperti kini
Bebas dari segala belenggu penjajahan
Yang seringkali menyeksa perasaan

Yakinlah hanya kesedaran
Mampu mengubah kita
Kearah membentuk keamanan
Yang harmoni

Isnin, 18 Mei 2009

sajak guru

Guru Oh Guru

Berburu kepadang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Assalamualaikum w.t.w dan
Sajak ini saya dedikasikan
sempena hari guru dan
khas kepada semua guru-guru tercinta


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang perdana menteri bekuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Dimana-mana dia berdiri dimuka muridnya
Disebuah sekolah mewah di ibukota
Di banggunan tua sekolah di ceruk desa
Dia adalah guru mewakili seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada Negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan keakhir hayat