Sabtu, 12 September 2009

MartabatMu Ku Julang...

Malaysia oh tanah airku
Tempat tumpah darah ku
Bumi tempat kelahiran ku
Segala ilmu ku timba di situ

Malaysia ku yang tercinta
52 tahun dikau telah merdeka
Hasil pejuang bangsa
Yang tak kenal erti susah

Malaysia oh tanah air ku
400 tahun dahulu
Adalah tahun kesedihan buat mu
Tahun segala penindasan
Tahun segala penyeksaan
kekejaman
kezaliman
berleluasa diatas pundakmu

Malaysia ku yang tercinta
Hari ini kemerdekaan mu
Hanya tinggal nama
Hari ini kemerdekaan mu
Hanya tinggal sejarah
Kerana hari ini
Anak-anak kelahiran baru
Sudah dijajah semula
Bukan dengan keganasan
Bukan dengan keperitan
Namun dengan hiburan

Apa yang dinamakan kemerdekaan
Tiada lagi dihati anak-anak sekarang
Tiada lagi disanubari anak-anak sekarang
Tiada lagi diwajah anak-anak sekarang
Kini
Mereka hanya mengenali ciptaan penjajah
Mereka membawa budaya skin head
Mereka mengagungkan shuffle
Mereka menganuti black metal
Mereka menjadi maharaja jalanan yang bergelar mat rempit
Inilah budaya anak merdeka hari ini

Agama tidak lagi dijadikan pedoman
Sunnah tidah lagi dijadikan amalan
Al-quran tidak lagi dijadikan panduan
Kehancuran demi kehancuran melanda diri mereka
Segala petunjuk hilang dek sekelip mata

Pulanglah anak-anak ku
Pulanglah kamu dijalan yang benar
Sedarlah anak-anak ku
Sedarlah akan kemerdekaan negaramu
Jangan kmu mahu dijajah
Jangan kamu mahu ditindas
Kerana sakitnya tidak mungkin dapat tertanggung

Hari ini marilah kita bersatu
Berganding kita bersama
Merialisasi impian Negara
Yang kini semakin pudar dipandangan mata
Marilah kita susun semula barisan tunggak Negara
Berpandukan Al-quran dan As-sunnah
Yang dibawa oleh pemimpin agung Ya Rasulullah
Atas nama yang satu
Malaysia tanah tumpah darah ku

Tiada ulasan: