BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 3 Januari 2009

sajak kehidupan

KEGAGALAN BUKAN PENGAKHIRAN

SEDARI WAHAI SAHABAT
DUNIA INI TERLALU BANYAK RANJAUNYA
BAGAI MENJEJAK KAKI DI ATAS DURI SEMBILU
TERLALU BANYAK CABARAN YANG PERLU DITELITI
BAIK DIRI SENDIRI MAHUPUN PERSEKITARAN
SEDARI WAHAI SAHABAT
HIDUP INI TAK SELALUNYA MUDAH
DAN HIDUP INI TAK SELALUNYA INDAH
TAPI SEGALANYA BOLEH BERUBAH
JIKA KITA TAHU MENCORAKKANNYA
SEDARI WAHAI SAHABAT
GAGAL MAHUPUN LULUS SERING MENZIARAHI KITA
MEREKA TIDAK MENGENALI ERTI BOSAN ATAUPUN JEMU
BERLUMBA-LUMBA INGIN MENGISI SETIAP RUANG HIDUP KITA
OLEH ITU
BERWASPADALAH WAHAI SAHABATKU
KERNA SEGALANYA PASTI BERLAKU
HASIL DARIPADA CORAK YANG TERCIPTA
SAHABAT
JANGANLAH SEDIH JIKA KAU GAGAL DENGAN USAHAMU
JANGANLAH SEDIH JIKA KAU GAGAL DENGAN TITIK USAHAMU
DAN
HARUSLAH KAU SEDIH DENGAN KEANGKUHAN
DAN KESOMBONGAN YANG MENYALUTI KEJAYAANMU

sajak kehidupan

DIUSIA REMAJA

UNIKNYA KEHIDUPAN INI
BAGAIKAN SUATU YANG GANJIL DITEMUI
SETIAP INSAN TIDAK PERNAH LARI
DARI MELALUI SETIAP PERINGKAT USIA
BERMULANYA DARI BAYI HINGGA REMAJA
DARI REMAJA KE DEWASA
DARI DEWASA KEPERINGKAT TUA
ITULAH KEAGUNGAN CIPTAAN-NYA
DALAM PERJALANAN KEHIDUPAN INI
KITA SERING DITEMUKAN
DENGAN PELBAGAI DUGAAN DAN CABARAN
NAMUN
CABARAN YANG PALING GETIR
ADALAH DIUSIA REMAJA
DIMANA
SEORANG INSAN BAGAIKAN BERJALAN
DIATAS TITIAN SEURAT RAMBUT
YANG DIBAWAHNYA MENGALIR LAVA YANG PANAS MEMBARA
YANG PENUH KEKEJAMAN
DISAAT ITU
TIADA SEORANGPUN YANG DAPAT MENEPIS
SETIAP PICISAN API DOSA YANG MEMBARA
KERNA DIALAM REMAJA
PENUH DENGAN TERIAKKAN INSAN
YANG MENGINGINKAN SESUATU YANG TIDAK DIKETAHUINYA
ITULAH REMAJA PENUH DENGAN
HIASAN NODA KEHANCURAN
YANG TIADA BATASAN KEINGINAN
BAGAIKAN ANJING RAKUS
MENYELAM BAYANG-BAYANG TULANG DILAUTAN