Rabu, 22 Disember 2010

KERANA SEBUAH CINTA

kerana mu aku mencintai
kerana mu aku dicintai
dan kerana mu datangnya cinta
dan kerana mu aku mencari cinta

kerana cinta dari mu
aku bisa melakar nama di awan biru
kerana cinta dari mu
aku bebas berlari di ruang angkasa
dan kerana cinta dari mu
aku terpesona dengan bulan dan bintang

terukir indah pada hidup ku
kerana sebuah cinta
terlakar indah pada seri wajah ku
kerana sebuah cinta
terlukis indah pada lengok senyum ku
kerana sebuah cinta

aku tanpa cinta aku kosong
aku tanpa cinta aku alpa
aku tanpa cinta aku sengsara
dan aku tanpa cinta aku duka
kerana cinta aku kenal dunia
kerana cinta aku kenal pencinta
kerana cinta aku kenal pencipta
kerana cinta aku bahagia

Ahad, 28 November 2010

LAMBAIAN SEGAR

detik-detik indah
makin pudar dipandang mata
riuh unggas berlagu sayup terasa
hati kosong gundah gulana
lambaian lalu terbayang indah

sedetik ia berlagu
menitis permata putih
terjunam jatuh membasahi pipi
yang merah laksana pipi bayi yang kemerahan
aku terus melakar sedih

yang indah tiada lagi kini
yang tinggal hanyalah mimpi
menanti gerimis bakal tak tiba
terik mentari membakar diri
syahdu terasa sayup menyepi

Isnin, 30 Ogos 2010

sajak kehidupan

TITIK GELAP

serunai malam kesuraman dendangannya
merekah segala gambaran riangnya
menjadi tugu tidak berguna
tangisan hanya tangisan bersamanya
merindu pungguk enggang tak datang

menanti usia dihujung nyawa
bagai menanti mentari jatuh dibahu kesah
cabaran tiada tertahan tertinggallah
cengkerang kekosongan tanpa penghuni
kegelapan meluruh menerkam sepi

tiada guna lagi kenangan lalu
walaupun indah mengukir senyuman
titik gelap menjadi raja dilorong kegelapan
melontar segala kemaslahatan
membuatkan jiwa menjadi sarang kezaliman


(jangan biarkan hatimu kosong tanpa ilmu
 dan jangan biarkan hatimu berisi dengan ilmu tidak berguna)

Ahad, 15 Ogos 2010

Posted by Picasa

Jumaat, 6 Ogos 2010

sajak kemerdekaan

KINI HARI INI

LENGKUK LORONG PERJALANAN HIDUP
MAKIN MALAP MELAKAR SUNYI
MELAMBAI KESEPIAN SUKMA
MENYINGKAP MEMORI KELAM
DISUSURI GERHANA TANGISAN DUKA

INDAH RIANG MELAKAR SENYUMAN
TATKALA HUJAN KASIH MENCUMBU PIPI
MERAH,KUNING,PUTIH DAN BIRU
MERAKAM TANGISAN MUDA MUDI
DIBAWAH PAYUNG MENTARI TUNGGAK BANGSA

KINI TIADA SUDAH BINGIT SUARA KETAKUTAN
KINI TIADA SUDAH BINGIT SUARA TANGISAN
KINI TIADA SUDAH BINGIT SUARA KESAKITAN
KINI HARI INI HANYA KEDENGARAN BINGIT SUARA KEGEMBIRAAN
KINI HILANGLAH SUDAH RESAH DIDADA
KINI KITA BERSAMA DALAM 1MALAYSIA

Ahad, 25 Julai 2010

SAJAK KEHIDUPAN

NURI TERBANG TAK KEMBALI

disini hari ini
ia berulang lagi bagai mimpi semalam
yang meminta aku pulang untuk kesekian lama
disini hari ini
aku telah kembali bersama seiring langkahnya
kembali bersama janji yang telah lama
terkubur dilubuk hati
hari ini telah pasti
yang silam itu akan terasa dini hari
luka lama pasti berdarah kembali
bagai ditusuk belati tajam
hakikat cinta semalam
telah ku ubah menjadi ukiran terindah
setelah hari ini kulepasi dengan melodi indah
berlagu keriangan
tiada lagi tangisan kedengaran
tiada lagi kesakitan terasa
kini hanya tinggal
memori sejarah terindah buat pujangga
pejuang bangsa
irama hentakan kaki
mungkin tiada kedengaran lagi
sinopsis cina sejati mungkin tak berulang lagi
dan
hati mungkin akan sepi lagi
kernamu watan yang hayut dijalanan
pulanglah
pulanglah
kejalan yang engkau bermula dahulu
agar sepi cinta semalam
tidak sepi sebagai sepi

Sabtu, 6 Mac 2010

sajak kehidupan

Sekeping Hati Berwarna Merah

detik demi detik dicalar
dicalar dengan warna-warni kejahilan
kejahilan yang sering kali merosak keputihan
keputihan yang melambangkan kesucian
kesucian yang menjadi santapan hati nurani

titik-titik noda memagari dinding hati
dari terlihat kesuciannya
titik-titik hitam mencemari alur keindahannya
ianya yang berwarna merah
ianya sekeping hati
ianya jualah ditikam oleh kejahatan
kejahatan yang seringkali bertandang
membawa kehancuran merosak keimanan
jiwa tergoncang keliru memilih arah
merana seluruhnya dalam deras arus darah mengalir

pejuang-pejuang terkorban dipinggir hati
tidak mampu melawan hawa nafsu
bergolek merundum maruah nama
tercerai iman dan jiwa
bertahta nafsu sebagai raja
pengawal seluruh rakyat jelata
tangan,kaki semua panca indera