BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 30 Mac 2011

sajak cinta

manisnya cinta

aduhai sayang

pesanmu waktu itu ku ingat selalu
mahumu diriku yang terbaik buatmu
katamu itu menjadi teman suriku
walau dirimu jauh dari pandangan mataku
hakikat rindu ini merungkai kisah cinta kita
yang pahit bertukar manis bila terlakar senyum di wajahmu
sedih bertukar gembira dikala dikau ketawa bersamaku
besarnya kuasa cintamu padaku
dikau berjaya merubah diriku
laksana awan dilangit biru
berubah sepantas kilat tatkala dihembus tiupan angin syahdu

aduhai sayang

dikaulah mahkota didalam pundak ku
pusaka yang tinggi nilainya tiada bandingan
tiada setanding ketulusanmu pada wanita lain
dikaulah yang teratas terukir jelas dalam dairi hidupku
hadirmu mencoret seribu kemanisan
mencantas berjuta tangisan
menerbitkan puluhan ribu kemesraan
dikaulah warna warni sanubariku
yang menukarkan kegelapan kepada sinaran
yang menukarkan hala tuju kebingungan kepada ketenangan
kau pena cerita hidupku
tanpa dirimu tiada makna sinetron cerita cinta kita