Sabtu, 15 Mac 2014

sajak cinta

SERUAN PENCINTA

Kerana  cinta  aku  disini
kerana  kasih  aku  disini
bukan  kerna  meminta  simpati
bukan  kerna  menagih  janji
bukan  pula  kerana  merintih
namun  ianya  kerna  indahnya kasih

berlari  walau  kehujung  dunia
sembunyi  walau  diperut  bumi
hilang  walau  tak  dijejaki
cinta  pasti  datang  bersemi
kerna  cinta  tiada  henti
kerna  cinta  tak  pernah  mati

terbitlah  wahai  sinaran  cinta
terangi  kegelapan  dihati  duka
mengalirlah  wahai  penawar cinta
basahi  hati  racun  pendusta
agar gembira  bidadari  ditaman  syurga
melakar  senyuman  merubah duka

terbanglah  wahai  debuan  cinta
hinggaplah  pada  hati yang sirna
perangi  kebencian  dilautan fana
tumbuhi  cinta  dibumi  nyata
semoga  lahir  sipencinta  setia
terangi  alam  gelap  gelita

akan  hilang  kebencian
akan  lenyap  kerakusan
akan  sirna  segala  kejahatan
maka
terbitlah  mentari  cinta
bertahta  selamanya…