Selasa, 16 Mei 2017

Sajak Guru

Keranamu Cikgu

Hari ini
siapa aku adalah kerana seorang cikgu
berdirinya aku hari ini disini adalah kerana seorang cikgu
dihormati dan dibanggakan adalah kerana seorang cikgu

waktu itu masih ku ingat lagi
dialah cikgu yang tidak merasa jemu melentur dan menggilap kehebatan anak didiknya
sungguhpun penat terpancar diraut wajah
namun tanggungjawab tetap dilaksana
anak didik ditatang bagai minyak yang penuh
seluruh kasih dicurahkan tanpa berbelah bahagi
dialah cikgu yang memjadikan aku sebutir mutiara yang terang berkilauan

Duhai Guruku
engkaulah anugerah dari yang Maha Kuasa
tanggunganmu berat namun ganjaranmu besar
dikau mulia disisi yang Esa
kerna engkaulah pencorak dunia

Guruku
kuingat setiap bait kata-katamu
mengajak aku menjadi yang terbaik
aluanan suaramu masih segar kedengaran
gelak tawamu sentiasa mengusik kerinduan
ketegasanmu membekas dalam sanubari kehidupan

Englaulah pelita yang dulu datang menerangi ku
tanpa percikan api semangat darimu siapalah aku

Mungkin hari ini
aku hanya bayangan tidak bernyawa jika aku tiada dirimu cikgu
Mungkin hari ini
aku tidak mengenali ertinya kehidupan jika aku tiada dirimu cikgu

Oh Cikgu
engkaulah ibu pada kami
engkaulah ayah pada kami
engkaulah teman pada kami
yang sentiasa bersemarak demi kami anak-anak didikmu

Selamat Hari Guru

Tiada ulasan: